Program Sarjana Muda Ukur Bahan Pengajian Separuh Masa UTM (Jakarta)

Latar Belakang

UTMSPACE dan Fakulti Alam Bina telah bekerjasama dalam mengorak langkah untuk meluaskan pasaran program UTM ke luar negara. Perkara ini juga merupakan sebahagian daripada agenda Pelan UTM Global. Inisiatif ini adalah berdasarkan kepentingan pengembangan profesien Ukur Bahan di Indonesia dan selaras dengan matlamat pengantarabangsaan UTM.

Pelaksanaan program ini secara langsung akan melonjakkan Program Sarjana Muda Ukur Bahan UTM sebagai program yang mempunyai permintaan yang tinggi dalam sektor pembinaan di Indonesia. Program ini mampu meningkatkan bilangan mahasiswa antarabangsa UTM disamping menyumbang ke arah mobiliti pensyarah UTM.

Sebagai sebuah universiti yang memupuk nilai entrepreneurial dan global, UTM menyediakan wadah pembelajaran (learning platform) bagi golongan profesional di Indonesia. Perkara ini juga adalah salah satu Objektif Strategik (SO) dalam Pelan Strategik UTM iaitu S6 : Outstanding contribution to society. Perlaksanaan program ini juga berupaya mengembangkan profesien Ukur Bahan di Indonesia dan melebarkan sayap pendidikan UTM di Indonesia.

Pengendalian program adalah seperti berikut:

  • Program Sarjana Muda Ukur Bahan yang dilaksanakan secara separuh masa di Jakarta, Indonesia ini akan menggunapakai silibus dan kaedah pelaksanaan yang sama seperti mana yang dilaksanakan bagi program yang sama di Pusat Pembelajaran Kuala Lumpur, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kota Kinabalu.
  • Kuliah dilaksanakan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad mengikut jadual yang dirancang pada setiap semester. Jumlah masa pertemuan pada setiap minggu adalah sebanyak 14 jam.
  • Penawaran kursus bagi setiap semester lazim (Semester I & II) adalah sebanyak 8 hingga 10 kredit, manakala bagi semester pendek (semester III) adalah sebanyak 6 kredit.

Model pengendalian program pengajaran dan pembelajaran serta aspek jaminan kualiti adalah sama seperti yang dikendalikan di UTM. Bagi menjamin kualiti program, audit tempat pembelajaran akan dijalankan oleh panel auditor QRIM UTM. UTMSPACE dan Fakulti Alam Bina akan bersama-sama sebagai urusetia bagi urusan jaminan kualiti program. Kos yang terlibat dalam urusan jaminan kualiti ditanggung oleh UTMSPACE.

Bagi memberi peluang serta pendedahan kepada mahasiswa mengenai suasana Kampus UTM serta budaya masyarakat Malaysia, program ini memerlukan mahasiswa untuk menduduki sekurang-kurangnya satu kursus di UTM. Oleh itu, mahasiswa dikehendaki menduduki kursus yang ditawarkan dalam program pengajian mahasiswa bersama-sama mahasiswa lain di UTM. Perkara ini boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tempoh pengajian mahasiswa berkenaan.

PROGRAM KHAS (JAKARTA)

Permohonan boleh dibuat dengan cara berikut:

1. Permohonan secara atas talian (Online)

2. Melengkapkan maklumat di dalam Borang tersebut

3. Hantar DOKUMEN SOKONGAN berikut:

  • Salinan kartu tanda penduduk(KTP)/pengenalan diri (salinan yang disahkan),
  • Salinan sijil-sijil akademik semasa peringkat Sekolah dan peringkat Universiti atau Surat Pengesahan Tamat Pengajian (salinan yang disahkan),
  • Salinan Transkrip (Keputusan) lengkap semasa peringkat Sekolah dan Universiti (salinan yang disahkan),
  • Gambar Pasport berlatar belakang warna biru (baju berkolar dan tidak berambut panjang bagi lelaki) (tidak dikembalikan),
  • Salinan sijil berkaitan English ( IELTS,TOFEL, TOFEL IBT, ELS, CIEP, MUET/TEEP)
  • Resume (melihat pengalaman berkerja)

Sila hantar dokumen sokongan di atas secara emel ke jakarta_intake@utmspace.edu.my

4. Hanya PERMOHONAN berserta DOKUMEN SOKONGAN yang lengkap diterima sebelum 31 Disember 2016 sahaja akan diproses.

Struktur Kurikulum Program Sarjana Ukur Bahan, Pengajian Separuh Masa UTM Bagi Lepasan Diploma Ukur Bahan Universitas Bung Hatta, Indonesia

Muat turun : Struktur Kurikulum Program Sarjana Ukur Bahan, Pengajian Separuh Masa UTM Bagi Lepasan Diploma Ukur Bahan Universitas Bung Hatta, Indonesia

Hubungi Kami

Pusat Pengajian Separuh Masa,
34-50 Jalan Kebudayaan 1,
Taman Universiti,
81300 Skudai, Johor
+607 5218127(En. Khairiel Idzham bin Nordin),
jakarta_intake@utmspace.edu.my